'Setiap tahun rakyat 'dendang' isu jalan rosak'

Iklan

KOTA BHARU - Kaedah penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi mungkin antara punca turapan cepat rosak dan membahayakan pengguna.

Ketua Unit Media dan Komunikasi Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS), Akidi Hamid berkata, kemudahan itu sepatutnya lebih efisien terutama di kawasan sekolah, jalan utama dan kawasan perumahan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, isu kerosakan jalan ini bukan perkara baharu malah setiap tahun rakyat 'mendendangkan' perkara sama dengan harapan keadaan semakin baik

"Kerosakan serius jalan mengakibatkan kemalangan yang menambah lagi kos ketika rakyat terbeban dengan masalah kewangan," katanya kepada Sinar Harian.

Akidi

Iklan

Beliau turut mencadangkan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan dengan bekerjasama terus dengan agensi yang mengendalikan saluran air dan elektrik.

"Ramai yang mengeluh kerana ada saluran rosak selepas pembaikan jalan yang tidak dibaiki menyebabkan wujud masalah lain," katanya.

Iklan

Beliau turut memberitahu, beberapa laluan utama yang memerlukan perhatian kerajaan iaitu Jalan Kota Bharu- Machang, Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan dan Jalan Selising -Kok Lanas

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, 29 November lalu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Azami Mohd Nor memaklumkan, sebanyak RM12.9 juta disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk menaik taraf jalan sehingga Oktober lalu.

Kata beliau, antara faktor kerosakan jalan yang dikenal pasti ialah kerja-kerja pembangunan yang membabitkan jentera berat.