Program Memfail Borang Nyata boleh diakses melalui portal LHDN

Iklan

PUTRAJAYA - Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2023 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Ia boleh diakses melalui portal www.hasil.gov.my atau menerusi capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf.

Iklan
Iklan

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembayar cukai dan majikan digalakkan menggunakan kemudahan e-Filing bagi pengemukaan BN yang akan menjadi medium pengemukaan borang sepenuhnya pada masa hadapan, manakala ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing Ejen Cukai (TaeF)(https://taef.hasil.gov.my/) bagi pengemukaan BN.

"Data saraan yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi e-borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT tahun taksiran 2022)," menurut LHDN.

Iklan

LHDN memberitahu pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bermula hari ini hingga 25 Feb.

Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2022 yang dilampirkan bersama-sama program memfail BN 2023 bagi tujuan penyediaan data saraan pekerja, menurut LHDN. - Bernama

Iklan