Gedung tekstil terbesar terbakar

Iklan

Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini hampir musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat.

Iklan
Iklan