Ops tahun baharu: JPJ Johor keluarkan 579 notis

Iklan
Anggota JPJ melakukan pemeriksaan menerusi Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Jalan Lingkaran Dalam, Bandar Raya Johor Bahru, pada malam Sabtu.

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 579 notis atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Jalan Lingkaran Dalam, bandar raya ini pada malam Sabtu.

Menurut JPJ Johor dalam satu kenyataan, operasi berkenaan bermula jam 9 malam itu melibatkan 63 anggota dan pegawai JPJ yang secara keseluruhan melakukan pemeriksaan terhadap 945 buah kenderaan.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu 213 pengguna jalan raya tidak memiliki lesen yang sah dan 135 kenderaan tiada cukai jalan dan perlindungan insurans.

"Hasil operasi yang dijalankan, turut dikesan 66 kesalahan penggunaan cermin gelap dan 109 kesalahan melibatkan nombor pendaftaran tidak ikut spekfikasi," menurut kenyataan tersebut pada Ahad.

Iklan

JPJ memberitahu, susulan itu sebanyak 422 pemilik kenderaan telah diambil tindakan dan Operasi Khas Ambang Tahun 2023.

Jelas kenyataan tersebut, operasi itu menumpukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Iklan

Kata kenyataan itu lagi, pemeriksaan yang dibuat adalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.