Kuasa, wang tidak boleh gantikan masa - Rafizi

Iklan
Poster sambutan tahun baru yang dikongsikan Rafizi di Facebooknya pada Ahad.

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai kepentingan untuk sentiasa menghargai masa, iaitu harta disifatkannya sebagai paling bernilai.

Menerusi kenyataan sempena tahun baharu yang dikongsikan di Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, masa merupakan perkara yang langsung tidak boleh diganti meskipun dengan kuasa mahupun wang.

Iklan
Iklan

"Semua ‘harta’ lain boleh diganti. Wang yang hilang, jika usaha boleh jadi kaya balik. Kuasa yang hilang, jika diusahakan boleh kembali berkuasa,” katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, kehadiran tahun baharu kali ini disambut dengan perasaan bercampur baur mengambil kira tanggungjawab baharu yang dipikulnya.

Iklan

"Sedikit takut, risau dengan tugas yang begitu besar, kesal dengan masa yang pernah saya bazirkan. Doa saya supaya setiap dari kita menghargai masa kerana itulah harta kita yang paling berharga.

"Semoga 2023 ini dimanfaatkan dengan lebih baik kerana setiap saatnya tidak akan kembali,” ujarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iklan