MOSCOW - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un pada Ahad berkata Amerika Syarikat (AS), dengan alasan mengukuhkan kerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun, sedang mewujudkan"versi NATO Asia," lapor Sputnik.
"Pada 2022 AS kerap menggunakan pelbagai cara serangan nuklear di Korea Selatan pada tahap penempatan berterusan, meningkatkan tahap tekanan ketenteraan ke atas DPRK (Republik Rakyat Demokratik Korea) secara maksimum.
Iklan
Iklan
"Dan pada masa yang sama, ia mendorong untuk merealisasikan kerjasama segi tiga dengan Jepun dan Korea Selatan pada skala penuh sambil berusaha untuk mewujudkan blok ketenteraan baharu seperti versi NATO Asia dengan alasan untuk"memperkukuh perikatan," kata Kim Jong Un dalam laporan mengenai mesyuarat pleno Parti Pekerja Korea, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik kerajaan.
Pemimpin Korea Utara itu juga menyatakan mengenai pentingnya untuk memperkukuh keupayaan pertahanan diri Pyongyang di tengah-tengah cabaran luar yang serius dan keadaan semasa hubungan antara Korea. - Bernama