PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar memberi bayangan skuad Kenari akan tampil lebih berkualiti dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
"Sang Kenari bakal mempunyai sayap-sayap baharu untuk terbang lincah dan laju di tahun dan musim baru. Semoga sayap-sayap ini juga sayap-sayap yang berdata dan bijak.
Iklan
Iklan
Ketika ini, Kedah FC sedang rancak membawa masuk beberapa pemain antaranya pemain naturalisasi, Lee Andrew Tuck selain telah mengumumkan pemain import dari Tajikistan yang mengisi kuota Asia, Amirbek Juraboev.
Mohd Daud berharap penyokong Kedah teruja dan lebih bangga menyokong perjalanan pasukan itu musim depan.
"Suara sokongan serta doa anda semua di sepanjang tahun 2023 adalah pembakar semangat Sang Kenari yang paling ampuh. Kita sama-sama randuk 'ayaq' dan 'ragagh' bukit sampai berjaya.
"Kami tidak boleh janji bulan dan bintang. Kami hanya boleh janji satu perkara. The Best Never Rest. Kami akan sentiasa berlatih dan berlatih sehingga kami menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik,” katanya.
Artikel Berkaitan