Sembilan terbunuh rempuhan sambutan tahun baharu

Iklan
Gambar hiasan - Foto123RF

KAMPALA - Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam rempuhan pada sambutan tahun baharu di Kampala, Uganda pada Ahad.

Menurut polis, kejadian itu melibatkan beberapa juvana yang sedang menghadiri pertunjukan muzik, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Rempuhan berlaku selepas tamat pertunjukan mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian dan beberapa lagi cedera,” kata polis.

Empat lagi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

Iklan
Iklan