Suarez pertajam penyudah Gremio

Iklan
Luis Suarez

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez menyertai kelab Serie A Brazil, Gremio secara percuma dengan kontrak dua tahun sehingga penghujung 2024, umum kelab itu pada Sabtu.

Suarez sebelum itu mengucapkan selamat tinggal kepada kelab zaman kanak-kanaknya Nacional pada Oktober selepas tiga bulan dan menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan dan memenangi kejuaraan Uruguay.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 35 tahun itu juga menikmati kejayaan di Eropah bersama Ajax Amsterdam, Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid.

Suarez menyertai Gremio yang berpangkalan di Porto Alegre selepas menghabiskan Krismas di Rosario, Argentina bersama Lionel Messi.

Iklan
Iklan

Gremio akan memulakan saingan musim 2023 berdepan Sao Luiz dalam Piala Super Recopa Gaucha pada 17 Januari.