Tampar pemain: MAVA gantung penglibatan jurulatih

Iklan
MAVA mengambil perhatian serius terhadap tindakan seorang jurulatih yang bertindak menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam video tular baru-baru ini.

SHAH ALAM - Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil perhatian serius terhadap tindakan seorang jurulatih yang bertindak menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam video tular baru-baru ini.

Lembaga Disiplin MAVA dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, insiden itu membabitkan jurulatih daripada pasukan Melaka Bawah 14 Tahun yang menyertai Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 di Kota Tinggi Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Iklan
Iklan

"MAVA telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta merta. MAVA juga akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan serta pihak berkepentingan

"MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan MAVA.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan mengenai satu video tular memaparkan tindakan individu dipercayai jurulatih sebuah pasukan bola tampar yang menampar pemainnya.

Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Iklan