Suspek bunuh penganggur direman seminggu

Iklan
Gambar hiasan.

IPOH - Lelaki yang ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penganggur dalam status orang pengawasan polis di Taman Klebang Putra, Chemor, Jumaat lepas direman hingga Sabtu depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perintah reman yang bermula pada Ahad terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini.

Iklan
Iklan

"Permohonan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Sabtu Mohd Yusri dalam kenyataan dilaporkan berkata, lelaki berkenaan ditahan di Chemor.

Iklan

Dilapor, dalam kejadian kira-kira 11.28 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 37 tahun ditemukan mati di hadapan rumahnya dan pemeriksaan awal menemukan kesan kecederaan pada beberapa anggota badannya.

Polis pada awalnya tidak menolak kemungkinan mangsa adalah mangsa kemalangan namun bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. - Bernama

Iklan