BIARPUN pemilihan UMNO mungkin bakal dilaksanakan selewat-lewatnya pada Mei depan, namun timbul persoalan ada atau tidak pemimpin yang mahu membawa watak 'Hang Jebat' mencabar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden.
Ini kerana di atas kertas Ahmad Zahid hampir mustahil untuk dikalahkan kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan bukan hanya mendapat sokongan padu daripada sebahagian besar Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO di peringkat akar umbi, malah daripada kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.