Johor serius tangani isu penjaja tidak berlesen

Iklan
Mohd Jafni Md. Shukor

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor, sentiasa memandang serius dan berusaha menangani isu peniaga atau penjaja tidak berlesen di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md. Shukor, isu berkenaan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan telah mendapat kelulusan.

Iklan
Iklan

"Kita sebenarnya telah pun membincangkan mengenai perkara ini (penjaja tidak berlesen) dalam MMK.

"Hasilnya, pada Julai 2022 lalu, kita telah laksanakan bengkel kepada kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam usaha menyeragamkan atau menyelaraskan permohonan dan pemberian lesen kepada golongan penjaja ini tidak kiralah sama ada mereka ini peniaga di pasar malam, pasar pagi, pasar lambak dan sebagainya.

Iklan

"Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan penjaja kerana kerajaan sekarang sebenarnya ‘mesra peniaga’ dan kita nak bantu mereka (peniaga) asalkan aktiviti perniagaan itu tidak dilakukan di tempat yang dilarang berniaga termasuk seperti mengganggu lalu lintas atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Jafni berkata demikian ketika mengulas isu penjaja tidak berlesen yang hangat diperkatakan ketika ini.

Iklan

Malah katanya, tempoh kelulusan bagi permohonan (lesen) dibuat juga tidak lama dan ada yang hanya melibatkan satu hari bekerja sahaja.

"Bagi Lesen Penjaja Statik melibatkan gerai berstruktur berstatus penjaja seperti pasar, gerai, arked milik PBT atau gerai persendirian (berstruktur) berstatus penjaja melibatkan peniaga pasar malam, pasar lambak, pasar pagi atau pasar sehari serta penjaja di kawasan berpusat, tempoh kelulusan (lesan) adalah satu hari bekerja.

"Bagi Lesen Penjaja Sementara melibatkan penjaja sementara tepi jalan (bukan kawasan berpusat) seperti penjaja buah bermusim dan Lesen Penjaja Bergerak seperti f.oodtruck., .car boot sale. atau penjaja berkenderaan, tempoh kelulusan (lesen) adalah selama tujuh hari bekerja.

"Sebenarnya permohonan lesen penjaja ini agak mudah, hanya perlu kemukakan borang dan dokumen permohonan yang lengkap dan teratur selain menyatakan lokasi serta sijil suntikan typhoid,” katanya.