Tiga unit rumah kedai di Jengka hangus

Iklan
Anggota bomba bertungkus lumus membantu memadam kebakaran deretan rumah kedai di Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, dekat Maran pagi tadi. - Foto JBPM Pahang

MARAN - Tiga unit rumah kedai jenis separuh kekal di Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, di sini, terbakar dalam kejadian pada pagi Isnin.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.59 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 25 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, BBP Temerloh dan BBP Kuala Krau dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa. - Foto JBPM Pahang

"Operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan empat aliran air bersumberkan tangki jentera bomba dan pili bomba berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian yang terlibat. - Awani