Hormati mereka terkesan, henti spekulasi kebakaran Wisma Jakel

Iklan
Antara dakwaan yang dimuat naik pengguna media sosial berkaitan kejadian kebakaran Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Hormati individu kerugian jutaan ringgit dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan, itu ingatan polis berkaitan pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkaitan kebakaran di Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa kejadian kebakaran tersebut disengajakan.

Iklan
Iklan

"Biarpun laporan polis belum diterima berkaitan perkara tersebut, saya ingatkan kepada masyarakat jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati pihak terlibat.

"Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Katanya, dakwaan sebegini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

"Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.

Iklan

"Kes masih dalam siasatan pihak bomba, dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui, saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini," katanya.

Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.