BANDARAYA MEXICO - Seramai 10 pengawal dan empat banduan maut selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah penjara di bandar Ciudad Juarez, Mexico pada Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, 13 orang turut cedera dan sekurang-kurangnya 24 banduan melarikan diri.
Lelaki bersenjata lengkap dengan kenderaan berperisai tiba di penjara sekitar jam 7 pagi waktu tempatan (1400GMT) dan melepaskan tembakan ke arah pengawal.
Pejabat pendakwa negeri Chihuahua dalam satu pengumuman di media sosial menyatakan anggota tentera, Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan telah berjaya mengawal keadaan.
Ciudad Juarez yang terletak di seberang sempadan El Paso, Texas, terus dicengkam keganasan akibat serangan kumpulan penjenayah yang ingin menguasai bandar itu.
Pada 11 Ogos tahun lalu, rusuhan di penjara yang sama merebak ke jalan raya dengan penjenayah menggunakan senjata api dan bom molotov untuk menyerang orang awam serta perniagaan tempatan.
Serangan itu menyebabkan 11 maut termasuk seorang budak lelaki berusia empat tahun. - Bernama