Spurs perlu berbelanja besar

Iklan
Antonio Conte

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte percaya kelab itu perlu berbelanja besar sekiranya mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat terbaik.

Kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Aston Villa pada Ahad, serta seri dengan Brentford pada Isnin lalu menyaksikan Spurs telah jatuh ke kedudukan kelima liga.

Iklan
Iklan

Spurs juga berhadapan nasib malang apabila pemain utama mereka seperti Dejan Kulusevski dan Richarlison mengalami kecederaan dan terpaksa di ketepikan.

Conte merasakan Spurs sepatutnya melakukan pembelian pemain utnuk membina semula skuad untuk kekal berdaya saing dalam liga.

Iklan

"Saya sangat jelas dengan kelab dan pada musim panas orang bercakap tentang Tottenham sebagai pencabar kejuaraan.

"Untuk menjadi pencabar kejuaraan, anda memerlukan pasukan yang kukuh iaitu 14 atau 15 pemain berkualiti dan pemain muda untuk berkembang dan setiap musim anda boleh menambah dua pemain," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, kekalahan kepada Villa tidak terlalu mengecewakannya dan menegaskan akan bangkit apabila menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Khamis.

"Mengenai prestasi, saya tidak kecewa. Dari awal hingga akhir saya telah melihat komitmen dan keinginan serta intensiti yang betul.

"Saya menjangkakan saat ini. Sekarang kami perlu berjuang. Saya tidak takut dan percaya pada kerja serta pemain yang ada ini," katanya.