SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah atas pemergian 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meninggal dunia pada tahun lalu.
Saifuddin berkata, pengorbanan, dedikasi dan jasa bakti setiap anggota cukup tinggi harganya kepada negara.
Iklan
Iklan
"Ini menuntut saya untuk melakukan usaha sebaik mungkin bagi memastikan aspek kebajikan mereka terus terbela dan ditingkatkan.
Pada Ahad, PDRM dalam siaran di Facebook mengucapkan takziah kepada pegawai dan anggotanya yang meninggal dunia sepanjang tahun 2022.
Antaranya ialah Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar, Sarjan Suhaimi Zakaria, Inspektor Mohamad Faez Paiman, Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, Koperal Ishamcik Abd Hamid.
Selain itu, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim, Koperal Muhammad Firdaus Mat Sarif, Koperal Kamarul Arif Mat Noor, Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali dan pesara polis, Kenneth James Woodworth.