Kasut Bundle Gantung

Iklan

Pelbagai jenis jenama kasut terpakai digantung bagi menarik minat pengunjung yang melalui kedai tersebut yang terletak di bahu jalan.

Segelintir masyarakat beranggapan bahawa kasut terpakai tidak bernilai dan kualiti teruk, namun kasut terpakai atau bundle ini masih lagi berkualiti jika pandai memilih. Menariknya, masih ramai dalam kalangan orang tempatan mahupun pelancong yang meminati kasut terpakai ini.

Iklan
Iklan

Bagi peniaga kasut terpakai, Ahmad Tarmizi Zafarulla, 42, yang sudah 14 tahun berjinak dalam peniagaan terbabit. Beliau menjual hampir 2, 500 pasang kasut terpakai berjenama dari beberapa buah negara seperti Itali, Australia Korea Selatan dan Eropah memberanikan diri dengan menjual kasut terpakai di tengah kawasan segitiga emas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang di situ.

Dengan menggunakan konsep unik iaitu menggantungkan kasut-kasut, ia dapat menarik minat pengunjung selain menjimatkan ruang serta memudahkan pelanggan memilih kasut berkenaan.

Iklan
Iklan