158 ketul ganja 'terapung' ditemukan berselerakan di sungai

Iklan
Antara puluhan ketulan ganja mampat yang dibalut dengan plastik lutsinar berwarna emas di dalam sungai berdekatan pintu air. - Foto Awani

YAN - Sejumlah 158 ketulan ganja mampat ditemui orang awam dalam keadaan berselerakan di dalam Sungai Yan dekat Kampung Tengah Makau, Yan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki menjumpai dadah dipercayai ganja berselerakan di tepi tebing dan terapung di dalam sungai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan dihantar ke lokasi.

Kesemua 158 ketulan ganja itu kemudiannya di bawa ke IPD Yan untuk siasatan lanjut.

"Sebaik pemeriksaan dilakukan menemui 80 ketulan mampat dan sebaik diperiksa terdapat daun-daun kering yang dibaluti plastik lutsinar dan berwarna perak di tepi tebing Sungai Yan.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui sejumlah 78 lagi ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar berwarna emas di dalam sungai berdekatan pintu air kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan pertama,” katanya pada sidang media di IPD Yan pada Isnin.

Katanya, semua 158 ketulan ganja itu kemudiannya di bawa ke IPD Yan untuk siasatan lanjut.

Iklan

Menurut Shahnaz lagi polis sedang menyiasat bagaimana ganja itu boleh berada di situ dan mengesan individu yang meninggalkan ganja terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Awani