KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Utara dan Selatan tanah air bergerak perlahan pada petang Isnin.
Menurut ciapan di Twitter PLUS pada Isnin, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS mulai bergerak perlahan dari KM 85.2 Utara dari Sungai Petani ke Gurun.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam ciapan di Twitter turut melaporkan aliran trafik perlahan di Kedah ke Perak.
Dijangkakan aliran trafik meningkat apabila jutaan kenderaan akan memasuki Lebuhraya PLUS untuk pulang semula ke ibu kota selepas cuti perayaan Hari Krimas dan Tahun Baharu.
PLUS sebelum ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan iaitu pengguna dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor dicadang memulakan perjalanan sebelum 10 pagi.
Manakala bagi pengguna ke negeri-negeri lain pula antara 12 tengah hari sehingga 4 petang.
Manakala pengguna dari Utara dan Selatan tanah air dinasihatkan memulakan perjalanan ke ibu kota sebelum jam 10 pagi. - Awani