Covid-19: Malaysia perlu ambil tindakan pencegahan lebih ketat

Iklan
Armada gesa kerajaan ambil tindakan pencegahan lebih ketat dengan menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil tindakan pencegahan lebih ketat dengan menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu sehinggalah kes harian Covid-19 di negara berkenaan menurun.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ia selari dengan gesaan dibuat Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis supaya kerajaan mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua Covid-19 yang meranapkan industri pelancongan negara.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Malaysia wajib mengambil pengajaran daripada kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 yang lambat menyekat kemasukan pelancong dari negara berisiko.

"Kesilapan kerajaan pada ketika itu mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi yang sampai sekarang masih belum pulih," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal - Foto fail Bernama

China kini dilapor bergelut dengan kehadiran subvarian Omicron, BF.7 yang dipercayai menyebabkan lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu.

Ia sekali gus mendorong banyak negara, termasuk Malaysia untuk memeriksa suhu badan pelancong yang memasuki pintu sempadan masing-masing.

Iklan

Wan Ahmad Fayhsal yang merupakan Ahli Parlimen Machang menambah, pihaknya mahu kepentingan rakyat diutamakan berbanding hal-hal lain dalam soal ancaman Covid-19 yang terbaru ini.

"Tindakan tangkas dan tegas perlu segera diambil bagi mengelak penularan yang berlaku di luar jangka seperti mana yang telah berlaku pada 2020 lalu khususnya melibatkan pergerakan keluar masuk manusia di semua pintu masuk sempadan negara," ujarnya.