Maharaja Jepun buat kemunculan pertama selepas tiga tahun

Iklan
Maharaja Naruhito. Foto AFP

ISTANBUL - Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito pada Isnin bertitah sempena sambutan tahun baharu sekali gus menyaksikan penampilan baginda secara terbuka bersama rakyat selepas hampir tiga tahun.

"Beta berharap tahun ini akan menjadi tahun yang aman dan baik untuk anda semua,” titah Naruhito, di hadapan tetamu yang hadir di istana, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kyodo.

Iklan
Iklan

Berikutan pandemik Covid-19, kerabat diraja Jepun menangguhkan kebanyakan acara yang melibatkan istana.

Naruhito, 62, yang ditabalkan pada awal 2019, ditemani Maharani Masako dan kerabat diraja yang lain.

Iklan

Puteri Aiko, anakanda tunggal pasangan diraja itu turut menyertai acara berkenaan buat kali pertama.

Kira-kira 9,600 tetamu terpilih untuk melawat istana sempena sambutan Tahun Baru pada Isnin, menurut pihak istana.

Iklan

Dalam perutusan tahun baharunya yang dikeluarkan sehari sebelumnya, Naruhito bertitah baginda berasa"amat dukacita menyaksikan korban yang ramai" akibat konflik di seluruh dunia.

"Beta amat merasakan kepentingan untuk sering mengadakan dialog bagi mengatasi perbezaan pendirian dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa.

"Rakyat telah menghadapi banyak kesusahan akibat pandemik serta kenaikan harga komoditi dan tenaga,” titah baginda. - Bernama