SHAH ALAM - Meskipun hari ini ditetapkan sebagai cuti umum bersempena Tahun Baharu 2023 yang jatuh pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap hadir ke pejabat bagi menyelesaikan beberapa urusan penting melibatkan kerajaan.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat sedang menyemak dokumen dan surat di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.