Wanita transgender bakal jalani hukuman mati

Iklan
Amber McLaughlin akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut - Foto US Federal Public Defender Office

NEW YORK - Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan.

Amber McLaughlin, 49, akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut, di Missouri pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press.

Iklan
Iklan

Pada 2003, dia yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin telah merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi.

Peguamnya Larry Komp telah mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.

Iklan

McLaughlin yang menjaid transgender ketika berada dalam penjara, dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen pengampunan. - Bernama

Iklan