Sampah bawaan air cemari kecantikan pantai Terengganu

Iklan
Ahli dan sukarelawan GPI berganding bahu turun padang membersihkan pantai Terengganu daripada dicemari sampah-sarap. - Foto GPI

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 80 peratus dari 30,281 kilogram sampah dikutip pasukan sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) yang terdampar di pesisir pantai di Terengganu pada tahun lalu adalah dari bawaan air terutama semasa musim tengkujuh.

Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata, jumlah itu melibatkan sampah-sarap tempatan dan juga yang dihanyutkan dari negara berhampiran manakala selebihnya tinggalan para pengunjung pantai yang masih kurang cakna terhadap penjagaan kebersihan.

Iklan
Iklan

"Daripada 7,472 sukarelawan ini, 5,253 orang merupakan dewasa dan 2,219 lagi adalah kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Jumlah ini meningkat ketara berbanding 1,306 orang pada tahun 2020 dan 1,903 orang pada tahun 2021.

"Kita bersyukur kerana dengan promosi di media sosial, kempen secara persendirian oleh ahli GPI dan kolaborasi dengan pihak lain, GPI telah berjaya menggalakkan penyertaan lebih ramai sukarelawan dalam program ini,” katanya di sini pada Selasa.

Iklan
Antara sampah yang terdapat di pesisir pantai negeri ini dibersihkan oleh ahli dan sukarelawan GPI. - Foto GPI

Zulkefli berkata, peningkatan ketara sukarelawan dalam setiap program pembersihan membolehkan lebih panjang dan luas jajaran pantai yang dapat dibersihkan termasuk kawasan belum pernah dibersihkan sebelum ini.

Jelas beliau, kebanyakan sampah tidak berguna yang dikutip dilupuskan di tempat pembuangan sampah manakala sampah lain seperti botol plastik akan diasingkan dan dihantar ke tempat kitar semula.

Iklan

"Sejumlah 2,890 kg sampah ‘berguna’ telah berjaya dihantar untuk proses kitar semula pada tahun lalu. Secara kumulatif, sejak inisiatif kitar semula ini dibuat, sejumlah 5,880 kg telah dikitar semula iaitu bersamaan 294,000 biji botol plastik.

"Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli GPI, sukarelawan dan pihak terlibat dalam membantu memastikan pantai di Terengganu kekal bersih dan bebas dari sampah bawaan air serta tinggalan pengunjung.

"Penghargaan turut diberikan kepada pihak yang bermurah hati menyumbang peralatan dan bantuan kewangan bagi menyokong GPI merancang serta menjayakan program pembersihan di pantai-pantai seluruh Terengganu,” katanya.