HANOI - Vietnam kini muncul pemain utama di pentas dunia selepas tersenarai antara 30 negara paling berkuasa di dunia pada 2022 oleh US News dan World Report.
Negara ini juga menerima penilaian yang tinggi dari segi 'kuasa lembut', lapor Agensi Berita Vietnam.
Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$363 bilion dan populasi lebih 98.2 juta, Vietnam hanya ketinggalan selepas Singapura (kedudukan ke-26) dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Sementara itu, Indonesia dan Thailand masing-masing berada di kedudukan ke-33 dan ke-36.
US News dam World Report bagi negara paling berkuasa di dunia itu berdasarkan penilaian objektif dari segi ekonomi, politik antarabangsa dan kekuatan ketenteraan.
Kedudukan itu sebahagian daripada laporan tahunan 'Negara Terbaik Dunia' yang merangkumi 85 negara berdasarkan maklum balas 17,000 peserta.
Mengikut ranking, tiga negara paling berkuasa di dunia pada tahun 2022 ialah Amerika Syarikat, China dan Rusia. - Bernama