TOKYO – Jepun merancang mahu meningkatkan sokongan kewangan kepada isi rumah untuk mereka berpindah dari ibu kota bagi mengatasi kekurangan populasi di kawasan lain di seluruh negara.
Keluarga yang layak di kawasan metropolitan Tokyo akan menerima 1 juta yen (RM33,600) bagi setiap anak bermula tahun fiskal 2023 jika mereka 'berhijrah' ke lokasi kurang popular iaitu lebih tiga kali ganda daripada insentif 300,000 yen (RM10,079) sedia ada.