Ken Block meninggal dunia

Iklan
Ken Block

PELUMBA rali profesional, Ken Block meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas terlibat dalam kemalangan kereta salji.

Pasukan Hoonigan Racing Block mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan di Instagram pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Ken adalah seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, seorang bapa dan suami. Dia akan sangat dirindui,” katanya.

"Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu,” katanya sambil menambah dia menunggang dalam kumpulan, namun bersendirian ketika kemalangan.

Iklan

Setelah memulakan kerjaya ralinya pada 2005, Block dinamakan Rookie of the Year dalam Kejohanan Rally America.

Dia bertanding dalam Kejohanan Rali Dunia dan memenangi beberapa pingat rali silang di Sukan X.

Iklan