Kos hantar anak ke tadika macam belajar di universiti swasta

Iklan
Gambar hiasan.

MERAK JALANAN terperanjat apabila dapat tahu yuran tahunan untuk menghantar anak-anak ke tadika swasta sekarang mencecah sehingga RM2,000, malah mungkin lebih mahal lagi.

Itu tidak termasuk yuran bulanan yang dalam anggaran RM300 hingga RM700 (bergantung sama ada ibu bapa pilih kelas separuh atau sehari).

Jadi tidak hairanlah kalau suami isteri sekarang gigih buat pelbagai jenis pekerjaan.

Iklan
Iklan

Ada jiran Merak Jalanan yang berniaga dalam talian sanggup bersengkang mata live sampai awal pagi di media sosial untuk cari pendapatan lebih demi membayar yuran anak di tadika swasta.

Jika diteliti, kebanyakan ibu bapa bukanlah hendak berlagak tidak tentu hala. Hantar anak-anak ke sekolah tadika swasta bukan macam minum kopi branded. Ia kini satu keperluan mendesak, bukannya kehendak.

Iklan

Kebanyakan mereka terpaksa mengambil langkah tersebut kerana jumlah tadika di bawah kerajaan masih tidak mencukupi.

Sama ada kuota yang diperuntukkan cepat penuh, atau pengambilan anak-anak dihadkan kepada mereka yang berusia enam tahun.

Iklan

Berlaku juga ‘perebutan’ antara ibu bapa golongan B40 dengan M40 untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika kerajaan bagi menjimatkan perbelanjaan. Namun pastinya B40 akan diberi kelebihan berdasarkan slip gaji.

Jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur, golongan M40 pun bukannya senang, malah ramai dah jatuh dalam kategori ‘miskin bandar’. Situasi ini sebenarnya sudah lama berlarutan dan entahlah sampai bila nak selesai.

Sudah tiba masanya Kerajaan Perpaduan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak tadika dan diperluaskan kelulusan kemasukan sehingga kepada anak-anak M40.

Janganlah disebabkan tidak mampu hantar ke tadika, nanti ada pemimpin yang suruh ibu bapa mengajar sendiri di rumah pula.