Arsenal sepatutnya menang

Iklan
Arteta mendakwa Arsenal sepatutnya dapat dua sepakan penalti dalam aksi menentang Newcastle pada Rabu. - Foto EPA

ARSENAL mendakwa The Gunners sepatutnya menang pada aksi menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu namun dinafikan oleh pengadil.

Jurulatihnya, Mikel Arteta kecewa dengan keputusan pengadil yang tidak memberikan pasukannya dua penalti ketika pendahulu EPL itu terikat tanpa jaringan dengan Newcastle.

Iklan
Iklan

"Saya bangga dengan pemain saya. Cara kami beraksi menguasai perlawanan," ujar Arteta.

Menurut Arteta, pengadil tidak mempedulikan rayuan pemainnya selepas pemain lawan, Jacob Murphy menahan dengan tangan ketika menghalang hantaran bola dalam kawasan penalti.

Iklan

Jika penalti diberikan bagi kedua-dua insiden itu mungkin 'kejam' bagi Newcastle, tetapi Arteta yakin Arsenal sepatutnya menang perlawanan di Emirates.

"Kami ada banyak situasi dan dua penalti yang jelas.

Iklan

"Ia mudah. Saya bercakap apa yang kami nampak. Memang jelas ia sepatutnya penalti," ujar Arteta.

Mengenai insiden kedua yang dipertikaikan Arteta, pengurus Newcastle Eddie Howe berkata;

"Saya tidak fikir ia penalti tetapi anda hanya mungkin tidak tahu," ujar Howe.

Keputusan seri itu bermakna The Gunners terlepas peluang melebarkan jurang 10 mata dengan pasukan di tangga kedua Manchester City yang akan menentang Chelsea pada Jumaat.