Harga minyak merosot lebih 4 peratus

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

HARGA minyak merosot mendadak pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek ekonomi global, lapor Xinhua.

West Texas Intermediate untuk penghantaran Februari susut AS$3.33 atau 4.15 peratus untuk ditutup pada AS$76.93 setong di New York Mercantile Exchange.

Iklan
Iklan

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mac turun AS$3.81 atau 4.43 peratus, untuk ditutup pada AS$82.1 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Penurunan berlaku ekoran peniaga bimbang terhadap prospek permintaan yang suram ekoran kedudukan ekonomi global yang semakin perlahan.

Iklan

Kristalina Georgieva, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa pada Ahad memberi amaran bahawa 2023 akan menjadi"lebih sukar" berbanding tahun lepas dan berkata satu pertiga daripada ekonomi dunia mungkin mengalami kemelesetan.

Harga minyak juga terjejas ekoran lonjakan nilai dolar AS. Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama, melonjak 0.95 peratus kepada 104.5070 dalam dagangan lewat Selasa. Dari segi sejarah, harga minyak menyongsang dengan harga mata wang AS. - Bernama

Iklan