SAINGAN kejuaraan Serie A disifatkan lebih terbuka dan sengit sehingga penghujung musim berbanding musim sebelumnya berdasarkan situasi semasa bola sepak dunia ketika ini.
Pengendali Itali, Roberto Mancini berkata, pemburuan kejuaraan Serie A akan lebih kompetitif selepas saingan berehat sementara bagi memberi laluan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Ini adalah ramalan yang terlalu sukar, tambahan pula selepas saingan Serie A berehat lebih 50 hari.
"Tetapi Napoli mempunyai peluang yang baik, lapan mata di hadapan dan kumpulan terbukti yang juga telah menambah dua-tiga pemain yang kuat.
"Pesaing semuanya rapat antara satu sama lain dan tepat pada masanya untuk memberi tekanan kepada Napoli, namun mereka perlu kembali bersaing dengan kuat dan pantas,” katanya.