Perjalanan feri ke Langkawi ditambah mulai Isnin

Iklan
Jadual perjalanan ke Langkawi akan ditambah bermula Isnin. Gambar kecil: Baharin.

ALOR SETAR - Kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang Kuala Kedah ke Pulau Langkawi siap sepenuhnya pada Disember lalu.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, berikutan itu pihaknya kini telah menambah kekerapan perjalanan feri bagi laluan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jadual pelayaran laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan sebaliknya akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari bermula Isnin, 9 Januari ini.

"Bagaimanapun, jadual pelayaran itu akan berubah sekiranya paras air laut mencecah satu meter dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Iklan

Baharin berkata, pihak konsortium juga akan menambah perjalanan feri mengikut keperluan dan permintaan terutama pada hari kelepasan am atau cuti persekolahan.

"Jadual pelayaran laluan melibatkan lima perjalanan bagi setiap arah. Bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah masa pelayaran adalah 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang,” katanya.

Iklan

Sementara bagi laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi pula adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang.