Imigresen perketat kawalan pelancong asing - Anwar

Iklan
Anwar

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia akan memperketat kawalan kemasukan pelancong asing ke negara ini bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kawalan ketat itu tidak hanya tertumpu kepada pelancong dari China tetapi melibatkan semua negara yang berisiko tinggi.

Iklan
Iklan

"Kemasukan rakyat asing akan dikawal dengan lebih ketat dan ia tidak menjurus kepada mana-mana negara tetapi semua (negara).

"Ia terutamanya negara yang jumlah jangkitannya yang agak tinggi termasuklah Amerika Syarikat (AS), China dan sebagainya," katanya katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, kerajaan tidak akan sesekali kompromi dalam aspek keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini.

Sementara itu, sidang akhbar ini turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Iklan

Turut serta beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.