Tiada laporan kelas prasekolah tak cukup di Perak: Exco

Iklan
Khairudin menyampaikan ucapan ketika Program Bual Bicara Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

IPOH - Kerajaan negeri Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung kekurangan kelas prasekolah di negeri ini seperti yang berlaku di beberapa kawasan bandar di negeri lain.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata, melihat kepada keadaan itu pihaknya beranggapan isu berkenaan bukanlah sesuatu yang serius di negeri ini.

Iklan
Iklan

Jelasnya, jumlah bilangan prasekolah yang sedia ada di Perak masih mampu menampung jumlah murid-murid yang ingin memasuki kelas prasekolah disediakan kerajaan.

"Mungkin ruang dan peluang untuk anak-anak ini mendapat pendidikan awal di prasekolah ini perlu dipertingkatkan, cuma di negeri Perak saya belum dapat butiran-butiran maklumat mengenai isu berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Bual Bicara Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Iklan

Khairudin berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Sinar Harian mengenai kelas prasekolah yang tidak mencukupi khususnya di kawasan bandar.

Keadaan itu juga menyebabkan golongan B40 dan M40 terbeban kerana terpaksa menyediakan yuran tahunan sebanyak RM2,000 seorang anak termasuk bayaran bulanan sebanyak RM600 bagi menghantar anak mereka ke taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta.

Iklan

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam respon terhadap isu berkenaan memaklumkan bahawa kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk menambah kelas prasekolah dan tadika kendalian kerajaan khususnya di kawasan bandar.