Selangor peruntuk RM4 juta bantu golongan OKU

Iklan
Info grafik mengenai inisiatif YaNIS diperkenalkan kerajaan Selangor bagi memperluaskan inisiatif, program dan aktiviti golongan OKU di negeri ini.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM4 juta menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YaNIS) bagi memperluaskan inisiatif, program dan aktiviti golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, yayasan itu berfungsi memperkasakan lagi golongan OKU di setiap peringkat sekali gus memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak sekadar menumpu kepada aspek kebajikan seperti pemberian bantuan kewangan sekali beri atau one-off semata-semata.

"Kita turut komited menekankan aspek pemberdayaan dan pengupayaan OKU secara lebih serius dan holistik," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Iklan

Amirudin memberitahu, usaha pengupayaan OKU itu selaras dengan visi Selangor sebagai negeri mesra OK.

Sehubungan itu katanya, orang ramai turut disaran tampil bekerjasama merealisasikan matlamat itu bagi mewujudkan sebuah negeri aman dan harmoni.

Iklan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 tahun lalu, YaNIS ditubuhkan khusus di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) bagi membantu warga OKU di negeri ini.

Inisiatif itu memfokuskan keutamaan kepada golongan itu termasuk penetapan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menambah baik kemudahan asas mesra OKU sedia ada.