KBS tetap siasat kes jurulatih tampar pemain

Iklan
Hannah

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan tetap meneruskan siasatan berhubung isu jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan.

Menteri KBS, Hannah Yeoh menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa berkata, siasatan itu tetap diteruskan meskipun pasukan, ibu bapa dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka bersuara membela serta memaafkan perbuatan jurulatih terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut Hannah, siasatan itu bukan tentang jurulatih atau pemain tersebut tetapi tindakan di mana pihaknya telah menetapkan demi generasi akan datang khususnya dalam sukan.

Tambahnya, beliau dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan bapa kepada salah seorang pelajar perempuan yang ditampar jurulatih dalam satu insiden di kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini telah memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.

Isnin lalu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam turut menyatakan jurulatih berkenaan juga sudah berjumpa ibu bapa pemain terbabit bagi memohon maaf.

Iklan

Ujarnya, insiden itu berlaku apabila jurulatih tersebut sedikit emosi apabila melihat prestasi pemainnya tidak mencapai tahap diinginkan pada hari pertandingan itu.