Twitter longgar dasar ke atas iklan politik

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MOSCOW - Twitter akan melonggarkan dasar platform itu ke atas pengiklanan politik, lapor Sputnik.

"Hari ini, kami melonggarkan dasar iklan kami bagi cause-based ads di AS.

Iklan
Iklan

"Kami juga merancang untuk mengembangkan pengiklanan politik yang dibenarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang," ciap syarikat itu.

Twitter juga merancang menyelaraskan dasar pengiklanannya seperti yang dilaksanakan televisyen AS dan perkhidmatan media massa lain.

Iklan

Pada masa ini Twitter melarang promosi kandungan politik di platform berkenaan. - Bernama

Iklan