Langkah London: Henti kaitkan dua Naib Presiden UMNO

Iklan
Ismail Sabri, Mahdzir Khalid - Foto Bernama

SHAH ALAM - Dakwaan di media sosial yang mengaitkan dua Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai 'Langkah London' perlu dihentikan.

Exco Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, dakwaan itu hanyalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ismail Sabri bercuti dengan keluarga di Abu Dhabi dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala Mahdzir Khalid pula, bercuti dengan keluarganya di London, United Kingdom dan mereka terus pulang ke Malaysia.

"Saya ini orang kanan Mahdzir (atau bekas orang kanan) pun tidak jumpa, nak membawang pun tidak sempat apatah lagi hendak sembang mengatur bab politik seperti 'Langkah London' yang sedang digembar gemburkan.

Iklan

"Kalau saya pun beliau tidak jumpa, orang lain lagi lah beliau tidak jumpa," jelasnya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai dakwaan 'Langkah London' dikatakan cubaan menjatuhkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dah pemimpin parti pembangkang.

Iklan

Gerakan itu didakwa mengadakan pertemuan rahsia di London baru-baru ini dan dikatakan sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.

Tambah Muhamad Nur Aizat, beliau terkejut kerana permainan fitnah hanya diasaskan dengan andaian malah tanpa fakta yang betul, diulangkan seakan benar.

"Sekiranya 'Langkah London' itu melibatkan orang lain, wallahualam, saya tidak tahu. Kalau ia melibatkan Ismail Sabri dan Mahdzir, sila padamkan balik memori kerana cerita dongeng itu langsung tidak betul.

"Fakta kena betul. Saya tulis ini pun sebab saya sudah jijik, menyampah melihat ramai sangat bercakap mengenai Langkah London dan cuba mengaitkan dua orang pemimpin yang saya kenal rapat dalam mainan persepsi fitnah seperti ini," jelasnya.