Pakistan arah pusat beli-belah tutup awal akibat krisis ekonomi

Iklan
Langkah penutupan awal pusat membeli belah bagi menjimatkan bekalan tenaga. - Agensi

KARACHI - Kerajaan Pakistan mengarahkan pusat membeli belah dan pasar ditutup awal pada setiap hari ketika negara tersebut mengalami krisis ekonomi teruk, lapor BBC.

Menteri Pertahanan, Asif menyatakan langkah itu akan menjimatkan negara Asia Selatan sekitar AS$274 juta (RM1.2 billion).

Iklan
Iklan

Ketika ini Pakistan menggunakan bahan api yang diimport.

Harga bekalan tenaga global melonjak pada tahun lepas yang sekali gus memberi tekanan kepada negara sedang dilanda masalah kewangan.

Iklan

Untuk membayar tenaga import ini, Pakistan memerlukan mata wang asing terutamanya, wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Pakistan mempunyai AS$11.7 billion (RM51.4 billion) mata wang asing pada hujung bulan lalu selepas rizabnya jatuh kira-kira 50 peratus, tahun lepas.

Iklan

Jadi, ia hanya cukup untuk menampung kira-kira sebulan nilai import negara, yang kebanyakan adalah perbelanjaan untuk tenaga. - Agensi