YANGON - Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Rabu memberikan pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar, lapor Xinhua.
Selain itu, SAC turut mengurangkan tempoh hukuman kepada beberapa banduan yang dipenjarakan di seluruh negara.