HANOI - Subvarian baharu Omicron yang dikenali sebagai XBB kini dikesan di Ho Chi Minh City, Vietnam, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
Subvarian itu yang mula dilaporkan pada Disember tahun lalu itu hanya menyumbang sebahagian kecil kes, menurut pasukan penyelidik Covid-19 Hospital Ho Chi Minh City.
Iklan
Iklan
Pada separuh kedua 2022, kebanyakan kes di bandar raya itu melibatkan varian Omicron dan Delta, menurut Agensi Berita Vietnam.
Menurut laporan itu, situasi Covid-19 di Ho Chi Minh City masih terkawal sekali gus menunjukkan pentingnya peranan vaksin dalam melindungi kes yang teruk dan membantu mengurangkan risiko kematian. - Bernama