City perlu buat luar biasa jika mahu 'langgar' Arsenal

Iklan
Pep Guardiola - Foto EPA

PEP Guardiola percaya Manchester City perlu melakukan sedaya upaya jika penyandang juara itu ingin merombak pendahulu Arsenal dari puncak carta Liga Perdana Inggeris.

City boleh kembali merapat kedudukan dengan lima mata di belakang The Gunners menjelang kunjungan ke Chelsea selepas Arsenal kehilangan mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Newcastle United sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kami perlu mengurangkan jurang dengan bermain bagus dan memenangi perlawanan, tetapi mereka (Arsenal) mendapat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan purata ini dan kami tidak akan mengejar mereka.

"Kami perlu hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata. Malam tadi mereka masih cemerlang,” katanya.

Iklan

Chelsea hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi Guardiola masih menjangkakan pertemuan sukar di Stamford Bridge.

"Ini adalah Liga Perdana Inggeris. Mereka pasukan yang sukar, diurus dengan baik.

Iklan

"Tidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke Stamford Bridge. Ia sentiasa sukar,” kata Guardiola.