Jangan nafikan suara akar umbi - Rizalman

Iklan
Rizalman Mokhtar

SHAH ALAM - Sebarang sekatan atau halangan untuk jawatan tertinggi dalam UMNO untuk dipertandingkan, akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Beliau berkata, dalam isu pemilihan presiden dan timbalan presiden, ia patut diserahkan kepada mereka bagi menentukan pemimpin yang dirasakan mampu untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.

Iklan
Iklan

"Ada cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

"UMNO seharusnya kembali kepada peraturan dan perlembagan parti yang telah disusun baik berkaitan kaedah dan tempoh masa untuk pemilihan pelbagai jawatan di semua peringkat.

Iklan

"Membenarkan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan bukan bermakna sudah ada pemimpin yang akan mencabar kedua-dua pemegang jawatan sedia ada, mungkin juga tiada yang ingin mencabar cuma hanya bersifat spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Rizalman, jika ada pihak yang mahu bertanding jawatan presiden, maka ia peluang baik kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan dirinya mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui UMNO.

Iklan

"Seterusnya membolehkan beliau terus melakukan program tranformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang.

"Justeru, biarkan ahli akar umbi menentukan siapa yang layak memimpin parti. Secara peribadi saya yakin ahli akar umbi sangat matang dalam membuat keputusan dan akan meletakkan kepentingan parti mengatasi kemahuan individu," ujarnya.

Katanya lagi, beliau terbuka untuk menerima sesiapa jua yang ingin merebut jawatan yang disandangnya kini.

"Ini merupakan demokrasi yang dibenarkan dan semua pihak perlu menghormati proses ini," jelasnya.