China 'sembunyi' data sebenar?

Iklan
Pengembara dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan dibawa ke pusat ujian saringan Covid-19. - Foto AFP

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa statistik rasmi diberikan China tidak menunjukkan impak sebenar gelombang jangkitan baharu yang mencetuskan lonjakan luar biasa di negara itu.

"Kami masih tidak mempunyai data lengkap.

Iklan
Iklan

"Kami percaya Beijing cuba ‘menyembunyikan’ situasi sebenar yang sedang melanda sistem jagaan kesihatan dan jumlah kematian walaupun ia menerbitkan angka semasa kepada umum,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

China hanya merekodkan 22 kematian sejak Disember lalu selepas ia mengecilkan kriteria untuk mengklasifikasikan kematian akibat wabak tersebut.

Iklan

Difahamkan, kematian disebabkan Covid-19 hanya akan direkodkan pihak berkuasa kesihatan Beijing apabila ia melibatkan kes kegagalan pernafasan.

Sementara itu, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan agensi tersebut telah mengadakan perbincangan peringkat tertinggi sejak beberapa minggu lalu bersama pihak berkaitan di China.

Iklan

Beliau juga bersetuju dengan langkah diambil sebahagian negara antarabangsa yang melaksanakan peraturan baharu terhadap pengembara dari China.

"Mereka mempunyai hak untuk melindungi rakyat di negara masing-masing berikutan gelombang jangkitan di Beijing yang semakin membimbangkan,” jelasnya lagi.

Sebagai respons terhadap desakan supaya lebih telus, China dalam satu kenyataan menggesa WHO supaya bersikap lebih ‘adil’.

"Kami berharap sekretariat agensi berkenaan akan menegakkan kedudukan saintifik, objektif dan berusaha memainkan peranan positif bagi tindak balas dunia terhadap cabaran pandemik,” tegas jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning.

Beliau juga menambah, Beijing akan tetap mengekalkan kerjasama rapat bersama WHO.

Dalam perkembangan berkaitan, fasa belajar hidup dengan Covid-19 diteruskan selepas lintasan sempadan Hong Kong dan China bakal dibuka semula bermula Ahad ini setelah penutupan selama tiga tahun.

Pembukaan secara berperingkat itu dibuat pada hari sama Beijing membatalkan kuarantin wajib ke atas ketibaan dari luar negara.

Bagaimanapun, individu yang melakukan perjalanan dari Hong Kong masih perlu menunjukkan ujian negatif asid nukleik yang diambil dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

Difahamkan, pihak berkuasa imigresen akan mula mengeluarkan visa kepada warga Tanah Besar yang mahu ke Hong Kong dan Macau mengikut situasi pandemik serta kapasiti perkhidmatan di kedua-dua bandar raya tersebut. - AFP

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!