KOTA KINABALU - Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembentung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang Rabu.
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, kejadian kegagalan pembentung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan tersebut dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada 8.35 malam Rabu untuk beberapa kawasan antaranya di Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud hingga 1 pagi tadi. - Bernama