Rumah, kereta hangus di Hutan Melintang

Iklan
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus. - Foto JBPM Perak

HUTAN MELINTANG - Sebuah rumah dan kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit 7, Sungai Sumun, di sini pada malam Rabu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 malam.

Iklan
Iklan

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta jenis Honda Civic turut musnah terbakar 80 peratus, bagaimanapun tiada mangsa terlibat," katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.

Katanya lagi, anggota bomba membuat kerja pemadaman api menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan serta dibantu anggota serta jentera dari BBP Sabak Bernam.

Iklan
Iklan

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosli Wan Chik itu tamat pada jam 9.45 malam. - Awani