'Hapus kartel, jawapan untuk turun kos sara hidup'

Iklan
Usaha kerajaan terdahulu untuk membanteras kartel harus diteruskan malah diperhebatkan supaya beban rakyat dapat diringankan tatkala mendepani tempoh resesi mendatang. - (Gambar hiasan) - Foto 123rf

KUALA LUMPUR - Penganalisis ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari melihat bahawa jawapan kepada masalah kos sara hidup tinggi adalah dengan menghapuskan kartel dalam rantaian bekalan barangan.

Maka tegasnya, usaha kerajaan terdahulu untuk membanterasnya harus diteruskan malah diperhebatkan supaya beban rakyat dapat diringankan tatkala mendepani tempoh resesi mendatang.

Iklan
Iklan

"Dahulu kita dah tetapkan apa antara yang perlu dibuat, iaitu memecahkan kartel dalam industri pertanian misalnya, dan adakah perkara itu menjadi perkara yang akan diperkukuhkan dan dilaksanakan betul-betul oleh kerajaan,” katanya dalam program Agenda Awani pada Rabu.

"Seolah-olah kita dah tahu kereta kita di mana rosaknya, nak hantar ke bengkel mana pun tak ada masalah kerana kita tahu apa masalahnya.

Iklan
Iklan

"Sekarang tinggal mahu dibuat atau tidak, tapi kalau kita kata tak payahlah buat dan kita terus gunakan kereta tersebut, itu yang (jahanam kereta pada akhirnya).” - Awani