Ahmad Zahid enggan layan 'Langkah London'

Iklan
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan dakwaan gerakan politik yang dinamakan sebagai 'Langkah London'.

Menurutnya, 'Langkah London' itu hanyalah bersifat khabar angin.

Iklan
Iklan

"Saya dengar khabar angin, (tetapi) tidak buat keputusan berdasarkan khabar angin," katanya ketika sidang akhbar sempena Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Khamis.

Sebelum ini, portal melaporkan terdapat satu pertemuan rahsia di London baru-baru ini dan dikatakan sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.

Iklan

Langkah London itu dikatakan cubaan menjatuhkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dah pemimpin parti pembangkang.

Iklan